BERBICARA mengenai bahagian sulit wanita mahupun lelaki secara terbuka apatah lagi di depan kanak-kanak bawah umur sering kali mengundang persepsi yang janggal dan negatif.
Segelintir ibu bapa khususnya menyifatkan kanak-kanak atau golongan muda tidak seharusnya terdedah pada perbualan atau subjek berbaur seks sebelum tiba waktunya.
Pencabulan secara senyap
Anak-anak yang meningkat usia remaja juga kebanyakannya tidak mahu membincangkan isu tersebut dengan ibu bapa mereka dan mengambil jalan mudah dengan berkongsi masalah dengan teman-teman sebaya.
Masalahnya, bagaimanakah jika maklumat yang diperoleh itu tidak tepat dan seterusnya menjurus kepada masalah lain?
Begitu juga dengan masalah pencabulan yang banyak terjadi dalam senyap. Ramai kanak-kanak bawah umur yang tidak tahu makna, kemungkinan, risiko dan kesan perlakuan cabul itu sendiri. Maka, bersediakah ibu bapa untuk melindungi anak-anak kesayangan mereka dengan maklumat yang diperlukan?
Justeru, bagi mengelakkan kes pencabulan dalam kalangan kanak-kanak terus meningkat, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisitif dengan memperkenalkan pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), yang berkuat kuasa pada tahun ini.
Perubahan fizikal
Pendedahan awal di sekolah mampu menangani masalah kehamilan dan keguguran anak yang kian meningkat dalam kalangan remaja.
"Subjek ini merupakan satu langkah yang baik dalam memberi maklumat berkesan kepada anak-anak. Jika pendidikan ini diterapkan di sekolah rendah, saya percaya para pelajar akan memahami kepentingan menjaga kehormatan tubuh mereka.
"Mereka menjadi lebih berhati-hati dan menghindari kemungkinan bahagian sulit pada tubuh mereka disentuh individu bukan muhrim.
"Pada masa yang sama, mereka akan mempelajari isu haid dan perubahan fizikal yang berlaku pada tubuh," jelas Nurul yang sentiasa berbincang dengan anak gadisnya, Ayu Nazirah Mohd. Faizal, mengenai implikasi dan kesan aktiviti seks sebelum berkahwin.
Tambah Nurul: "Ibu bapa kini perlu berfikiran terbuka dan tak perlu malu berbicara dengan anak-anak tentang perkara ini.
"Ia lebih baik daripada mereka memperolehinya daripada sumber yang salah menerusi Internet, filem lucah atau bahan bacaan." - KHAIRUL AMRI HASSAN (Kosmo Online)
**MH pun sokong dengan usaha murni ini.. Kadang kita sendiri pun tak berapa arif sangat bab2 macam ni. Tapi budak bawah umur lagi arif bab2 macam ni dari kita.Sebab guru-guru mereka datangnya dari internet.Taip saja apa yang diperlu,terus terpampang.. Jadi mereka memerlukan seseorang/institusi yang boleh mengajar yang mane yang baik dan yang buruk**
No comments:
Post a Comment