Monday, January 3, 2011

Cukai Perkhidmatan 6 % Dikuat Kuasa Mulai Hari Ini

Salam..

Tidak! Tidak! Tidak! Kenape la naik nie.. Sikit2 naik,naik. Makin lame berat aku makin turun sebab terpakse ikat perut gara-gara semua barang naik (mama aku mesti suka kalau berat aku turun.haha!!)

Bertambah-tambah la kering duit poket aku. Tak boleh nak bersenang -lenang, gara-gara Najib nie. Najib oh Najib.. Kenape nak naik kan cukai pulak???!!!

Pasni macam-macam la yang kene cut seperti:

- FAST FOOD
- BAJU BARU
- BROADBAND
- ASTRO
- DUIT POKET

Back to basic la nampak gayanye ye Cik Rosmah Mansor.
" BERKUAT kuasa hari ini, kadar cukai perkhidmatan bagi semua perkhidmatan yang dikenakan cukai, termasuk yuran langganan perkhidmatan televisyen berbayar, kecuali kad kredit serta kad caj, akan dinaikkan kepada enam peratus daripada lima peratus.


Mengikut garis panduan dikeluarkan Bahagian Cukai Dalam Negeri, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, ia selaras pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2011 di Parlimen, Oktober lalu.

Namun, katanya, perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar menggunakan protokol internet (IPTV) tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
Mengikut garis panduan itu, walaupun kadar baru itu berkuat kuasa hari ini, pengguna perkhidmatan yang membuat bayaran awal sepenuhnya atau sebahagian daripadanya sebelum 1 Januari masih dikenakan cukai pada kadar lima peratus.


Ia juga menjelaskan, bagi baucar dibeli atau diperoleh sebelum 1 Januari, jika cukai perkhidmatan lima peratus dikenakan terhadap bayaran pelanggan, penyedia perkhidmatan tidak boleh mengenakan tambahan caj satu peratus, walaupun ia ditebus selepas 1 Januari.


Berkuat kuasa hari ini juga, cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus akan dikenakan ke atas polisi insurans yang dikeluarkan kepada pertubuhan perniagaan.


Sementara itu, Ketua Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, berkata pihaknya tidak akan menyerap cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan terhadap pelanggan kerana ia adalah cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk pengguna di Malaysia.
Katanya, pihaknya juga yakin pengenalan cukai perkhidmatan itu tidak akan menjejaskan sambutan pengguna terhadap perkhidmatan disediakan. " - BH

2 comments:

  1. biase la tu..duit cukai tu masuk kat akaun sape pun..tapi tu la, perkhidmatan tetap cam hampeh gak walau terpaksa bayar cukai yang ntah ape ape je tu..

    ReplyDelete
  2. @pipoq

    makin hampeh.. makin tggi dieorg caj,makin hampeh pkhidmatannye. aish..

    ReplyDelete

MH Backbones

MH Jerit