Thursday, December 9, 2010

Sein: Terkilan Namun Redha Dengan Penceraian Ini!

Salam..



KUALA LUMPUR, 9 DIS 2010: "Saya terkilan dengan penceraian ini, namun saya redha menerima ketentuan IIlahi. Semua yang berlaku memang dah tertulis dalam suratan hidup saya," katanya Sein ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas mengenai penceraiannya petang tadi.

Bagi Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 27 yang juga anggota kumpulan Ruffedge ini, penceraian tersebut merupakan langkah penyelesaian terbaik buat dirinya bersama bekas isterinya, Noor Diyana Muhammad atau Nana, 26.

"Dah tak rezeki untuk kami bersama. Jadi perpisahan ini adalah yang terbaik buat kami berdua," jelasnya.
Dalam pada itu, Sein turut menafikan sekerasnya-kerasnya gosip yang bertebaran di laman sosial mengatakan punca penceraian mereka disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.

"Itu semua kata-kata orang yang belum tentu betul atau tak. Pelbagai cerita boleh dikeluarkan dan orang ramai tak perlu mempercayainya kerana semua itu fitnah semata-mata. Kebenarannya hanya saya dan bekas isteri saja yang tahu," katanya lagi.

Pasangan Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga itu, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, semalam.

Sein dan Nana mendirikan rumahtangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, setahun.-Murai

No comments:

Post a Comment

MH Backbones

MH Jerit