Thursday, December 9, 2010

Kek Batik Kacau

Salam..

Nak share resipi yang Mak Ngah MH buat untuk MH mase balik kampung hari tu. Sempat lagi die buatkan.. MH pun tak sempat tengok macam mane die buat (asyik tidur je mane nak sempat tengok..hehehe..). MH sempat tolong patah-patahkan dan hancurkan biskut marie je. Hihi.. Bertuah betul anak buah nie.. Thanks Mak Ngah! Rindu so much your home cooked.. Credited to my cousin, Jannah sebab tolong taip this recipe.. =)

Ambil dari internet


KEK BATIK KACAU

Bahan-bahannya:
  1. Telur (4 biji)
  2. Mentega (175 gram)
  3. Biskut Marie (350 gram)
  4. Susu Pekat (1/2 tin)
  5. Gula (3/4 gelas)
  6. Serbuk Koko (1/4 gelas)
  7. Serbuk Milo (1/2 gelas)
  8. Air Masak (3/4 gelas)

Cara-caranya:
  1. Biskut marie dipecah.
  2. Masukkan 4 biji telur & pukul lagi.
  3. Bancuh koko &  milo dengan ¾ gelas air sejuk(masukkan ke dalam adunan di atas).
  4. Pukul mentega & gula hingga kembang,campurkan susu & kacau rata.
  5. Jerang campuran ini atas api & kacau hingga pekat.apabila sudah pekat,angkat & sejukkan hingga ia menjadi suam.
  6. Masukkan biskut marie & kacau rata.
  7. Sediakan Loyang & masukkan adunan tadi & tekan biar mampat.
  8. Sejukkan seketika & masukkan ke dalam peti sejuk.








3 comments:

  1. wow..sedap nye!!! buat kan utk tasha la..hehehhe

    ReplyDelete
  2. ::TASHA::

    Hehehe.. Insya ALLAH klu naz bkesempatan eh. ;)

    ReplyDelete

MH Backbones

MH Jerit