Sebagai Muslim, diuji dengan sakit sana sini, bukan bermakna Allah tidak menyanyangi kita. Kepada sesiapa yang sedang menderita sakit apa-apa pun, tolong genggam kata-kata MH ini yang mana, Allah dalam proses membersih diri kita daripada daki dosa melalui sakit yang kita tanggung. Percayalah.
Allah sayangkan kita,sebab itu Dia menguji kita. Bila diuji,bila ditimpa susah,sakit,perit, baru kita tersedar dan baru tercari Tuhan. MH tak ada niat nak menyinggung hati sesiapa pun. MH mengaku, itu adalah salah satu fitrah manusia yang selalu terlupa pada yang Esa apabila dibuai kesenangan dan akan tersedar bila ditarik kesenangan itu. Benarkan?
Penyakit yang nak dibincangkan adalah psoriasis. Sesiapa yang pernah dan sedang mengalami, akan faham betapa pedihnya derita yang ditanggung.
kulit kepala mengelupas dan kelemumur |
- Ringkasnya, sejenis penyakit kulit.
- Penyakit sistem imuniti badan menyerang yang diri sendiri atau dikenali sebagai autoimun yang berulang tetapi tidak berjangkit.
- Terjadi tanpa mengenal jantina. Ia juga boleh terjadi pada semua peringkat umur.
- Kebiasaannya berlaku buat pertama kalinya pada peringkat umur di antara 15 hingga 25 tahun.
Punca?
- Punca sebenar psoriasis tidak diketahui, tetapi ia dipercayai mempunyai komponen genetik yang tinggi.
- Psoriasis menjadi bertambah buruk termasuklah tekanan, pemberhentian pengambilan kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.
- Bermula dari tompok-tompok kecil di satu bahagian sehinggalah ke keseluruhan permukaan badan.
- Psoriasis menyebabkan tompok-tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik.
- Boleh dijangkiti di mana-mana bahagian badan termasuklah kulit kepala dan kemaluan.
Mitos?
Mitos 1: "Psoriasis berjangkit."
Fakta: Psoriasis, terutamanya dalam bentuk sederhana atau teruk, mudah kelihatan di permukaan kulit. Disebabkan pertumbuhan abnormal sel kulit, tompok-tompok merah bersisik di kulit akan kelihatan.
Mitos 2: "Psoriasis hanyalah penyakit kulit. Satu masalah kosmetik."
Fakta: Psoriasis merupakan penyakit kronik dalam sistem imuniti badan yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang tidak normal.
Mitoh 3: "Psoriasis hanya memberi kesan kepada pesakit secara fizikal sahaja."
Fakta: Selain daripada masalah fizikal akibat penyakit tersebut, terdapat juga kesan psikologi dan emosi dialami pesakit psoriasis. Mereka yang menghidapi psoriasis sering dilaporkan mengalami perasaan tidak berdaya, putus harapan, marah, kekecewaan dan kemurungan berkaitan keadaan kulit mereka dan bagaimana reaksi orang lain terhadap keadaan mereka.
Mitos 4: "Psoriasis berpunca akibat tidak menjaga kebersihan."
Fakta: Psoriasis merupakan satu penyakit sistem imuniti badan dan tiada kena mengena dengan tidak menjaga kebersihan. Punca yang boleh menyebabkan psoriasis termasuklah jangkitan, tekanan atau kebimbangan, perubahan hormon, kecederaan kulit, alkohol, obesiti, pemakanan tidak sihat, dan ubat-ubatan tertentu.
Mitos 5: "Psoriasis boleh diubati"
Fakta: Psoriasis merupakan penyakit kronik, dialami seumur hidup. Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya pada masa ini, tetapi dengan pilihan rawatan terbaru dan sedia ada yang telah dipertingkatkan, pesakit kini mempunyai pelbagai kaedah untuk membantu mengawal simptom psoriasis.
SUMBER:
No comments:
Post a Comment