Wednesday, November 28, 2012

27 Nov '12: Aku mati tapi diberikan peluang ke-2

Dalam keadaan aku mengantuk sambil menunggang motosikal, aku duduk dibelakang, tiba-tiba motosikal tak dapat dikawal..

Apa yang aku ingat, aku tersungkur..mungkin tergolek atau tercampak jatuh di sisi jalan sebelah kiri..

Buka je mate,aku terduduk atas jalan.. dengan kepala pening and sakit.. dalam keadaan terpinga-pinga dan terkejut..

Satu pengalaman kemalangan motosikal yang pertama aku lalui dan aku pohon kepada Allah biarlah ini kali pertama dan kali terakhir.

Motosikal yang kawan aku (balkis) bawa tu bergesel dengan kereta. Kereta tu nak nak masuk ke kanan tapi bagi signal lambat. 

Syukur aku dan kawan aku selamat masih diberikan peluang untuk hidup..untuk bertaubat..

Diberikan peluang untuk menulis bukan sahaja kerna material reward but for gaining Allah's pleasure.. 

Aku anggap kemalangan ini sepert "Aku mati tapi diberikan peluang ke-2." ALHAMDULILLAH..

Allah masih berikan aku peluang kerana untuk beribadat kepada-Nya seperti dinyatakan di dalam Al-Qur'an:

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka BERIBADAH kepada-Ku
(Surah Az-Zariat: Ayat 56)

Pesanan aku:

Kepada pembonceng (duduk di belakang) motosikal: 

- pakai helmet,
-ikat,
-gunakan visor (penutup helemet),
-pakai baju lengan panjang,
-pakai seluar tebal + longgar
-pakai sweater
-alert and pesan kepada yang bawa motor tu supaya alert jugak (cubit je org bw moto tu. haha..)
-BISMILLAH banyak sebelum, semasa naik (sebab bila-bila mase je Allah boleh tarik nyawa kita kan..)

Monday, July 16, 2012

Ekspress: Ayam Masak Rendang Minang versi MUKAhaluih

Salam.. Simple je resipi ni! ;) Semalam lepas balik kerja (praktikal sebenarnye), sempat lagi MUKAhaluih masak. Simple sangat-sangat. Jom!

*Untuk 2 orang makan*
 
BAHAN-BAHAN:

Ayam (aku gune drumstick saje)
Bawang besar 1 labu (blend)
Santan kotak
Serbuk kunyit
Cili boh (kalau nak pedas letak banyak-banyak)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun limau purut dalam 5-6 helai
Air masak (jika perlu)

PENYEDIAAN:

1. Masukkan semua tadi kecuali ayam. Biarkan mendidih.
2. Bila mendidih masukkan ayam, biarkan. Kacau sedikit. Biarkan sehingga masak dan berbau wangi.
3. Tutup api. Siap! Boleh makan! :)

PERINGATAN:

1. Make sure jangan hangit sudah. :D
2. Serbuk kunyit tu jangan letak banyak-banyak sebelum masak tu.

Tuesday, June 26, 2012

Ikan Dori Sos Lemon

Teringin nak cube masak lepas duk ikut Master Chef Selebriti Malaysia


BAHAN-BAHAN:

3 keping isi ikan dori
2 batang asparagus | celur
80 gm bayam cina | celur
50 gm cendawan jarum | celur
100 ml minyak zaitun

BAHAN SOS LEMON:

20 gm bawang merah
60 gm mentega tanpa garam
2 sudu kecil coffeemate
25 ml jus lemon
Garam dan lada sulah 
150 ml air panas

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ikan dori kemudian taburkan sedikit garam dan lada sulah, panggang sehingga masak. Ketepikan.
2. Celur cendawan jarum, asparagus dan bayam cina. Sejukkan di dalam ais batu.
3. Susun ikan yang telah siap dipanggang berselang-seli dengan sayur.
4. Untuk sos lemon, didihkan air dan masukkan mentega, coffeemate dan jus lemon. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sebati. Tuangkan sos di atas ikan dan hidangkan.


http://www.sajionline.com.my/index.php/ikan-othermenu-118/1182-ikan-dori-sos-lemon.html

Thursday, March 22, 2012

Redha # 1

Salam..

Kesinambungan dari post yang lepas.

Just to cited an inspired sentences:

"Kita ada Tuhan (Allah S.W.T) yang selama ini mungkin kita lupakan. Mula mengambil haknya untuk kita hargai pemberian-Nya & mungkin untuk menguji kita"
(Amni Mardhiah, 2012)

A bunch of thanks to her. ;) (kalau ade mase,please check my FB and click on wall. Hahaha!!)

*Dah macam buat assignment siap letak APA style. Wakaka!!

MH Backbones

MH Jerit