Showing posts with label MH News. Show all posts
Showing posts with label MH News. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Sekat penjualan 'bir halal'



WALAUPUN minuman ini mempunyai label yang menyatakan ia halal diminum, ujian makmal kadar alkohol di dalamnya melebihi had yang dibenarkan oleh syarak.


KULIM – Masyarakat Islam dinasihat tidak minum sebarang jenis bir yang kononnya halal berikutan kandungan alkoholnya sudah melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Berdasarkan kajian, kandungan alkohol dalam minuman itu didakwa 0.05 peratus dan adalah haram untuk diminum oleh pengguna Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom sehubungan itu mengarahkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri untuk memantau atau jika perlu menyekat penjualan bir tersebut dan beberapa jenis lagi minuman yang sama di pasaran.

“Dalam keadaan kita tidak pasti, lebih elok berhenti meminum minuman itu dan menjauhi diri daripada terperangkap dalam situasi yang mengelirukan.


**No wonder lah kadang2 Pak Arab kat cni macam mabuk je!**

Monday, January 3, 2011

Cukai Perkhidmatan 6 % Dikuat Kuasa Mulai Hari Ini

Salam..

Tidak! Tidak! Tidak! Kenape la naik nie.. Sikit2 naik,naik. Makin lame berat aku makin turun sebab terpakse ikat perut gara-gara semua barang naik (mama aku mesti suka kalau berat aku turun.haha!!)

Bertambah-tambah la kering duit poket aku. Tak boleh nak bersenang -lenang, gara-gara Najib nie. Najib oh Najib.. Kenape nak naik kan cukai pulak???!!!

Pasni macam-macam la yang kene cut seperti:

- FAST FOOD
- BAJU BARU
- BROADBAND
- ASTRO
- DUIT POKET

Back to basic la nampak gayanye ye Cik Rosmah Mansor.
" BERKUAT kuasa hari ini, kadar cukai perkhidmatan bagi semua perkhidmatan yang dikenakan cukai, termasuk yuran langganan perkhidmatan televisyen berbayar, kecuali kad kredit serta kad caj, akan dinaikkan kepada enam peratus daripada lima peratus.


Mengikut garis panduan dikeluarkan Bahagian Cukai Dalam Negeri, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, ia selaras pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2011 di Parlimen, Oktober lalu.

Namun, katanya, perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar menggunakan protokol internet (IPTV) tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
Mengikut garis panduan itu, walaupun kadar baru itu berkuat kuasa hari ini, pengguna perkhidmatan yang membuat bayaran awal sepenuhnya atau sebahagian daripadanya sebelum 1 Januari masih dikenakan cukai pada kadar lima peratus.


Ia juga menjelaskan, bagi baucar dibeli atau diperoleh sebelum 1 Januari, jika cukai perkhidmatan lima peratus dikenakan terhadap bayaran pelanggan, penyedia perkhidmatan tidak boleh mengenakan tambahan caj satu peratus, walaupun ia ditebus selepas 1 Januari.


Berkuat kuasa hari ini juga, cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus akan dikenakan ke atas polisi insurans yang dikeluarkan kepada pertubuhan perniagaan.


Sementara itu, Ketua Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, berkata pihaknya tidak akan menyerap cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan terhadap pelanggan kerana ia adalah cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk pengguna di Malaysia.
Katanya, pihaknya juga yakin pengenalan cukai perkhidmatan itu tidak akan menjejaskan sambutan pengguna terhadap perkhidmatan disediakan. " - BH

Saturday, December 18, 2010

AS Bakal Ada Presiden Gay

Salam..

Tak habis cerita panas Azwan Ismail yang mengaku gay, MH terselak kosmo online di bahagian luar negara Amerika Syarikat yang lagi advance sesangat dari kite. Pastu anasir yang tak elok cepat je Malaysia tangkap.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-39, Jimmy Carter percaya bahawa negara itu bakal mempunyai seorang presiden homoseks pada masa hadapan.

Beliau berkata, apa yang jelas, penduduk AS kini sudah menerima seorang presiden berkulit hitam dan mungkin seorang gay pada masa depan.

Jimmy Carte
"Namun, saya fikir dalam waktu terdekat kerana kita mula menyedari bahawa homoseksual adalah sama seperti berdepan dengan hal berkaitan kaum," katanya.

Beliau berkata, apa yang jelas, penduduk AS kini sudah menerima seorang presiden berkulit hitam dan mungkin seorang gay pada masa depan.

SUMBER:

Ustaz Oh Ustaz..

Salam..

Macam-macam terjadi sekarang ni kan.. Tadi pagi MH tengok berita kat TV3. Ade kes pecah rumah.. Kes pecah rumah di rumah pengacara Al-Kulliyyah. Ustaz tu kate ni first time berlaku kat die.

Tapi yang MH sedih pasal ustaz nie, bile care die bercakap bagaikan menuding jari menyalahkan jiran-jirannya pulak.Die seolah-olah menyalahkan jiran-jiranya kerana tidak prihatin atas ape yang berlaku sehingga berlaku kejadian pecah rumah di rumahnya.


MH kesal dengan kata-kata yang keluar dari mulut seorang ustaz. Cara percakpannya tidak mencerminkan seorang ustaz. MH tahu kita ni manusia,tak sempurna tapi kenape perlu salahkan jiran-jiran dengan ape yang sudah berlaku. Tahu la sedih tapi jiran lak dipersalahkan..
Redha dan report je kat polis sudahla kan.. Mesti jiran-jiran yang tengok berita tu,kecik hati. 

MH sesekali tak kan letak post ni dalam kategori MH Islam.. Kerana cara dan sikap yang ustaz itu tunjuk tidak memantulkan Islam sebenarnya.
Korang nak mara ke or korang nak setuju, itu adalah hak masing dan pendapat masing-masing.Tapi itulah realitinya.

**Ilmu ustaz lg up dari org len,so expect kate2 die bhikmah jugak. =) bagaimnapun,manusia tu tak sempurna & tak lari dari lakukan kesilapan. Tapi bagaimana org nak percayekn org2 alim klu bersikap sebegitu. Fikirkanlah.......................... Bertambah lagi pandangan negatif Barat terhadap Islam.**

Saturday, December 4, 2010

RapidKL diminta perluas perkhidmatan bas untuk wanita

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Salam.. 


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) yang menyediakan perkhidmatan bas khusus untuk wanita supaya meneruskan, memperluas jaringan laluan bas dan memanjangkan waktu perkhidmatannya.

Shahrizat berkata, KPWKM menyambut baik usaha RapidKL dalam memperkenalkan bas khusus untuk wanita dan ia membuktikan usaha murni pihak swasta dalam melindungi dan memelihara kepentingan wanita melalui pewujudan persekitaran yang selamat. – Bernama


SUMBER:

Utusan Malaysian Online

Wednesday, August 18, 2010

Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok


PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.
Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.

M STAR

Monday, August 9, 2010

Remaja Bermasalah Disebabkan Kebimbangan

Salam..

Konsep
:
 - Kognitif : sebagai contohnya kerisauan atau sentiasa berfikir takut, memikirkan masa depan seperti kerjaya, pasangan hidup dan mengaitkan dengan perkembangan fizikal dan sosial.

- Fisiologikal : naik denyutan jantung dan nadi, berpeluh, tekanan darah meningkat dan hiperventilasi (pernafasan yang lagu dan berlebihan)

- Tingkah laku: mengelak daripada berjumpa dan bersua dengan orang, tempat yang terbuka seperti tempat awam dan situasi sosial.

Jenis-jenis

-Kebimbangan yang tiada arah dan haluan - tidak bergantung mana-mana situasi, kejadian atau pun perkara, semua yang difikirkan akan membuat perkara itu walaupun kecil tapi bermasalah

- Kebimbangan yang spesifik - mana-mana situasi atau kejadian atau perkara yang spesifik yang membuatkan remaja merasa bimbang seperti peperiksaan, jerawat, imej badan, ketinggian, warna kulit atau keturunan.

- Kebimbangan yang datangnya daripada ketakutan akan terjebak dalam bahaya atau masalah. Remaja tidak berani mengambil bahagian dalam aktiviti kerana takut akan membawa padah seperti aktiviti lasak atau keluar dengan rakan-rakan.

-Kebimbangan berlakunya perpisahan seperti ibu bapa yang bergaduh akan membawa kepada penceraian, kematian atau kemiskinan yang boleh membawa kepada pengambilalihan tanggungjawab atau melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh berpisah dengan keluarga

- Fobik iaitu sejenis ketakutan yang terlampau seperti takut kepada sesetengah benda, tempat, situasi atau kejadian. Antaranya ialah takut dan geli terhadap binatang (cacing, katak, kucing), situasi sosial (perhimpunan hari raya, pasar malam) tempat awam (stesen bas, lif) penyakit atau kematian.

Serangan panik (panic attacks) merupakan salah satu perasaan yang kuat yang menyumbang kepada kebimbangan seperti:
 - Perasaan yang keterlaluan untuk melepaskan dari satu situasi atau tempat
- Ketakutan akan terperangkap atau lemas seperti berada dalam lif atau kolam renang
- Reaksi fisiologikal seperti berpeluh yang keterlaluan seperti menduduki peperiksaan dalam dewan, pernafasan yang kencang semasa menghadiri temuduga

Mempunyai perasaan ketidakhadiran dirinya yang sebenar atau belongingness atau kehadirannya tidak diperlukan dalam keluarga, rakan-rakan kelompok atau dalam dunia ini
- Terlalu berjaga-jaga dan berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang 'bodoh' depan khalayak ramai atau depan rakan-rakan.

**BERSAMBUNG..
Sumber: UTUSAN MELAYU ONLINE

Saturday, July 31, 2010

ASYRAF -VS- ASMAWI ::SERUPA TP XSAME::

Salam..

Tahniah kpd juara musim pertama Imam Muda kte, MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN. tah la npe la ble MH tgk je IM ASYRAF nie tingat kt AF ASMAWI.. muke dieorg ade iras2.ade x? ke MH sorg je yg nmpk cm tu...heeheehhee.. =)



Friday, July 30, 2010

Hanya guru dibenar berpolitik ::Bahang pilihanraya makin terasa::

Salam..

-belum bercadang membenarkan pegawai kumpulan siswazah terbabit dalam politik.

-macam guru ini mereka mendidik jadi tidak ada kuasa eksekutif, tidak berlakulah konflik kepentingan.

-guru suatu masa dahulu berperanan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

-kemungkinan wujud suasana berpuak-puak di sekolah apabila guru aktif berpolitik

-tugas seorang guru yang tidak bersifat material membolehkan mereka menyumbang kepada pembentukan akhlak yang lebih baik.

Thursday, July 29, 2010

Penulis blog perlu mempunyai kod etika

Salam..

MH tbace dlm paper UTUSAN . Marilah kte bce same2 ye..

- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.

-"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti.

-kebebasan media arus perdana, Dr. Mahathir berkata, tiada kebebasan media di negara ini kerana kebanyakannya sama ada dimiliki oleh kerajaan atau pembangkang dikawal oleh pihak tertentu.

MH Backbones

MH Jerit