Sunday, July 10, 2011

Buat Yang Frust Bencinta

Kepada sesiape tengah frust tu, aku nak menyebarkan satu nasihat yang aku rasa boleh buat kita bangkit kembali..

Aku copy paste dari blog bro Hasrul Hassan, BANGKU KOSONG.

"Hidup akan tumbangkan kita,tapi kita ada pilihan samada untuk bangkit atau tidak."
 -Filem The Karate Kid-

Sama la jugak cinta..Kita ada pilihan untuk terusbersedih atau biarkan ia pergi.....


Ni yang aku  copy paste dari bro Hasrul:

Buat apa dikenang pada yang tak sudi? Kalau itulah pengakhirannya, maka pasrah sahaja. Mesti katakan di dalam hati, jika tak terucap dek bibir bahawa dia bukanlah cinta hati anda. Tak guna merintih dan bersedih kerana si dia tidak.

Pernah dengar satu pepatah inggeris, "let her go, if she come back, then she will be yours".

Atau dengan kata lain, biarkan si dia pergi ... jika benar itu jodoh anda, maka si dia pasti akan kembali nanti. Percaya atau tidak, banyak kes dan contoh dapat diberikan. Mulanya bercinta bagai nak rak sejak dari awal remaja..... kemudiannya putus di tengah jalan. Namun, mungkin kerana itulah ketentuan jodoh yang telahpun ditetapkan, pasangan dulu bertemu kembali, lalu menghangatkan kembali kemesraan lalu yang dah lama terpadam. Akhirnya, meniti permulaan manis di depan tok khadi.

Buat yang sedang sedih bercinta, fikirkan bahawa ada orang lain yang lebih merana, dan lebih kecewa dari anda. Putus cinta bukan penamat hidup, bukan penamat untuk kecapi bahagia. Menitis air mata darah sekalipun, yang pergi pasti pergi. Hidup bukan hanya untuk bercinta semata dengan manusia.

Baca selengkapnya: Biarkan Cinta Itu Pergi | ! Aku Lepak di BANGKU KOSONG™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Share Alike


No comments:

Post a Comment

MH Backbones

MH Jerit