Salam..
Terima Kaseh Sky @ Kamarul atas post yang amat bermakna ini.. Check it out! ;)
Lafaz niat Solat Sunat Aidiladha
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما/اماما ِللهِ تَعَالَي
( Maksudnya: Sahaja aku solat sunat ‘AidilAdha dua rakaat mengikut imam/imam kerana Allah taala)
- Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah.
- Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram
- Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya
" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "
(Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
- Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
- Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.
thnx! :)
ReplyDeletepanduan yg berguna..
ReplyDeleteApe itu utorrent? Macam mane nak guna?
::DIARY:: ur welcome! ;>
ReplyDelete::EWAN:: hehe.. ur welcome! its also refresh my memory too.;>
::ARKIMZ:: yup! panduan berguna untuk kita sume.. thanks! ;>