Monday, August 9, 2010

Remaja Bermasalah Disebabkan Kebimbangan

Salam..

Konsep
:
 - Kognitif : sebagai contohnya kerisauan atau sentiasa berfikir takut, memikirkan masa depan seperti kerjaya, pasangan hidup dan mengaitkan dengan perkembangan fizikal dan sosial.

- Fisiologikal : naik denyutan jantung dan nadi, berpeluh, tekanan darah meningkat dan hiperventilasi (pernafasan yang lagu dan berlebihan)

- Tingkah laku: mengelak daripada berjumpa dan bersua dengan orang, tempat yang terbuka seperti tempat awam dan situasi sosial.

Jenis-jenis

-Kebimbangan yang tiada arah dan haluan - tidak bergantung mana-mana situasi, kejadian atau pun perkara, semua yang difikirkan akan membuat perkara itu walaupun kecil tapi bermasalah

- Kebimbangan yang spesifik - mana-mana situasi atau kejadian atau perkara yang spesifik yang membuatkan remaja merasa bimbang seperti peperiksaan, jerawat, imej badan, ketinggian, warna kulit atau keturunan.

- Kebimbangan yang datangnya daripada ketakutan akan terjebak dalam bahaya atau masalah. Remaja tidak berani mengambil bahagian dalam aktiviti kerana takut akan membawa padah seperti aktiviti lasak atau keluar dengan rakan-rakan.

-Kebimbangan berlakunya perpisahan seperti ibu bapa yang bergaduh akan membawa kepada penceraian, kematian atau kemiskinan yang boleh membawa kepada pengambilalihan tanggungjawab atau melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh berpisah dengan keluarga

- Fobik iaitu sejenis ketakutan yang terlampau seperti takut kepada sesetengah benda, tempat, situasi atau kejadian. Antaranya ialah takut dan geli terhadap binatang (cacing, katak, kucing), situasi sosial (perhimpunan hari raya, pasar malam) tempat awam (stesen bas, lif) penyakit atau kematian.

Serangan panik (panic attacks) merupakan salah satu perasaan yang kuat yang menyumbang kepada kebimbangan seperti:
 - Perasaan yang keterlaluan untuk melepaskan dari satu situasi atau tempat
- Ketakutan akan terperangkap atau lemas seperti berada dalam lif atau kolam renang
- Reaksi fisiologikal seperti berpeluh yang keterlaluan seperti menduduki peperiksaan dalam dewan, pernafasan yang kencang semasa menghadiri temuduga

Mempunyai perasaan ketidakhadiran dirinya yang sebenar atau belongingness atau kehadirannya tidak diperlukan dalam keluarga, rakan-rakan kelompok atau dalam dunia ini
- Terlalu berjaga-jaga dan berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang 'bodoh' depan khalayak ramai atau depan rakan-rakan.

**BERSAMBUNG..
Sumber: UTUSAN MELAYU ONLINE

No comments:

Post a Comment

MH Backbones

MH Jerit