Saturday, March 14, 2015

New Template: Clean, Simple and Fresh

Salam Sabtu pagi..

Dah lame tak update blog ni. Macam-macam berlaku.. Aku tak sempat nak merekod segala yang terjadi dalam hidup ini. So, aku mula edit template aku yang dulu, yang bersepah.. Sekarang nampak (even) bit of childish but keep it more clean, simple and fresh! :) Lapang sikit dada ni tengok kemas blog aku.. hehehe..

Previous Template: Hidup perlu ada perubahan..
Perubahan macam mane, yang tu korang tentukan.

Saturday, May 31, 2014

Tips Melancong Ke: Australia Bahagian I

Salam semua, dah lama MUKA haluih tak kemaskini blog ini. Kali ini, MUKA haluih nak kongsi beberapa tips melancong ke Australia. Tips daripada MUKA haluih sendiri yang pertama kali melancong ke luar negara. Secara ringkas: 

1. UNIVERSAL ADAPTOR + CHARGER + POWERBANK 
2. PAKAIAN 
3. TUALA 
4. SEJADAH + KOMPAS 
5. MAKANAN HALAL 
6. BOTOL AIR MINERAL KOSONG 
7. PADDY'S MARKET 
8. METRO CENTRAL HOTEL 
9. DIRECT FACTORY OUTLET (DFO) 
10. ANJING

Jadi ada 10 cerita menarik MUKA haluih nak kongsi dengan sahabat pembaca semua.. 


1. UNIVERSAL ADAPTOR + CHARGER + POWERBANK 

Ini penting sangat.. Disebabkan plug di Australia bercabang dan berlainan daripada Malaysia. MUKA haluih nasihatkan lebih baik beli universal adaptor. Kita memang perlukan adaptor ini untuk letak charger telefon bimbit dan powerbank. Nanti tak dapat nak tangkap gambar.. Bukan senang nak pergi negara orang.

Bawa: Universal Adaptor, charger dan powerbank (kalau boleh bawa 2 powerbank)

2. PAKAIAN

Musim panas semasa pergi melancong, cuma bawa baju lengan panjang yang biasa sahaja, tak perlu pakaian tebal. Selain itu, MUKA haluih nak pesan, tak perlu bawa banyak sangat pakaian. Andai kata rancang nak pergi 5 hari, bawa cuma 4 helai pun sudah memadai dengan membawa beg galas. 

Bawa: Pakaian nipis semasa musim panas, pakaian cukup ikut hari melancong, payung sekali 

3. TUALA 

Untuk jimat ruang beg galas, bawa tuala kecil sahaja dan gunakan tuala yang disediakan pihak hotel.

Bawa: Tuala kecil

4. SEJADAH + KOMPAS

Walaupun pergi dengan agensi pelancongan, tapi tak berkesempatan nak solat di masjid, bawa sejadah besar semasa pergi jalan. Masa kami singgah di Kiama, ketua rombongan ajak solat di bawah pokok sebab tak sempat nak solat di bilik. 

Pengalaman bernilai, pertama kali soalt dalam keadaan sebegitu. Bayangkan, lokasi solat di atas bukitkiblat menghadap menuruni bukit, dengan angin yang kuat.

Bawa: Sejadah besar

5. MAKANAN HALAL

Sebagai seorang Muslim, kita teliti dalam halal haram, terutama dalam bab makan dan minum. Antara tempat makan yang MUKA haluih pergi:

a) McDonald - Burger ikan (Balik Malaysia memang tak nak makan dah burger ikan. Haha..)

b) Hungry Jack - Veggie Whopper Burger (Terasa kesegaran hirisan tomato yang besar serta tak masam)

c) Husky RSL (Dolphin Watch Cruises) - Fish and Chips (Ikan lagiiii....)

d) Restoran Delima - Lauk pauk Indonesia (Seronok.. macam-macam lauk. Ada ayammmmm!!)

e) Hotel Metro Central - telur hancur, bijirin, roti (Bosan..Yang lain nampak sedap tapi tak boleh makan)

f) Hotel Holiday Inn - Hash brown, spageti sos tomato, cendawan, Kellogs Coco Pops

g) Koala Park  - BBQ dan kambing (Sedap! Halal!)


Friday, February 15, 2013

Info Bahasa: Penggunaan Ejaan Kata Dengan "K" Dan "KK"

Budaya Popular Positif di UIA





Salam Jumaat pada semua pembaca..

Ape korang rase kalau tengok students pakai (gantung) student card? Kalau di universiti lain seperti UiTM ke, UTHM ke, pakai student card memang normal. Memang budaya dieorang pakai student card. Tapi bukan di sini.. hehehe.. Jangan tanya aku kenape.Aku ingat lagi,mase first time masuk main campus Gombak ni,bekas roomate aku mase kt Nilai, tegur aku.

Die kate macam ni,"Wei! Awat la hang pakai matric card ni. Orang lain tak pakai la benda ni." Terus dia buka ambil matric card aku simpan dalam beg. Start daripada tu aku pun tak pakai dah student or matric card. Pakai matric card dianggap seperti seorang yang skema dan pelik dan tentulah dianggap seseorang yang abnormal. haha.. Bukan budaya kiteorang nak pakai matric card ni.

Tapi sekarang sudah jadi budaya popular (Popular culture) dikalangan pelajar. Dah boleh nampak ramai yang pakai matric card. Maksudnye pakai matric card ni bukan benda yang pelik la. Kite patut bangga dapat pakai student card yang mane bukan semua dapat rase gantung matric card IIUM. Salah satu faktor pakai matric card ni menjadi trend positif mungkin pihak pengurusan semakin tegas dalam peraturan. Dengar ramai kena saman gara-gara tak pakai matric card. Memang dalam undang-undang WAJIB pakai pun. Dengan aku sekali la pakai. Kalau tak,simpan dalam beg duit saja. Buat pekasam. Hahaha..

Sediakan payung sebelum hujan.. Pakailah matric card sebelum kena saman. Hahaha..




MH Backbones

MH Jerit